5/13/2012

selamat hari ibu ummi


Bismillahirrohmanirrohim
~perindu syahid~
Abu Hurairah R.a berkata : seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya :" siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?" Baginda menjawab: " Ibu kamu.". Dia bertanya lagi: " kemudian siapa?" baginda menjawab: "Ibu kamu".Dia bertanya lagi: " kemudia siapa?" baginda menjawab :" Ibu kamu." Dia bertanya lagi: " kemudian siapa?" baginda menjawab: " ayah kamu."
Mulianya insan bernama IBU..
Seorang sahabat bernama Jahimah R.A datang menemui Rasulullah SAW meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.
Rasulullah bertanya:" Adakah kamu masih mempunyai ibu?" Jahimah menjawab: "Ya".Lalu Rasulullah bersabda :" Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya."
" jagalah ibu..
jagalah hatinya..
jangan sesekali hatinya kita sakiti..
cubalah bersabar dengannya..
kerana kesabarannya melebihi kesabaran kita..
INGATLAH..
kasih ibu membawa ke syurga..
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:" Dan kami wajiblan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkan dengan menanggung susah payah." (al-ahqaf 46:15)
Betapa sukarnya saat kita dilahirkan..hanya ibu yang mengetahui..ummi selalu bagitaw..:" rasa sakit sangat..separuh mati rasanya"..
tak dapat saya bayang macam mana rasanya..Ya Allah,,ampunilah dosa kedua ibubapaku..
sempena hari ibu,,saya nak ucapkan selamat hari ibu buat my beloved ummi..walaupun hari ibu adalah hari-hari..bukan hanya pada 13 mei je..:)

ALLAH,ALLAH,ALLAH..

SAYANG ABAH DAN UMMI..^^! 

# WO XIANG JIA REN #

Tiada ulasan:

Catat Ulasan