5/18/2012

Bismillahirrohmanirrohim
~perindu syahid~

Ya Allah..
Ajarkan kami erti sabar..
Ajarkan kami erti redha..
Ajarkan kami segala-gala yang kami perlukan untuk kami terus hidup di bumiMu ini..
Kuatkan hati kami untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku..
Jangan kerana perkara sebegitu kami putus harapan..
Jangan pisahkan kami Ya Allah..
Perjalanan kami masih jauh..
Perjalanan ini kami tidak boleh lalui jika berseorangan..
Kami selalu dibelenggu dengan api kemarahan..
Berilah kami sedikit kesabaran untuk kami selesaikan..
Kami sentiasa kalah dengan nafsu amarah kami..


# kita selalu dengar ayat ni 'sesal dah tak da guna'
# TAPI..kita tak ingat bila kita marah..
# INGATLAH..
# SYAITAN sedang menguasai anda time tu..
# ISTIGHFAR banyak-banyak..
# bersabarlah wahai saudaraku..^^,
# manusia akan menyedari kesilapannya apabila ia dah berlalu..kita juga yang rugi kerana terlalu mengikut perasaan..jangan terlalu ikut nafsu..fikirlah 2,3x untuk buat sesuatu..

# wo ai ni PENGYOU (◕‿◕✿) 
# dui bu qi !!
# zai jian! (◕〝◕)
# xie xie PENGYOU..
# wo bu gao xing..
# Ya Allah...kuatkan hati kami..。◕‿◕。

ALLAH,ALLAH,ALLAH...

5/13/2012

sedihnya

bismillahirrohmanirrohim
~perindu syahid~

Ya Allah..
sedihnya hati dengan akhlak manusia sekarang..
mudahnya mengungkapkan perkataan yang tak elok..
laju je meluncur keluar dari mulut..
tak kira dengan siapa dia berbicara..
kata-kata yang keluar ibarat perkataan harian mereka..
panggilan 'bodoh,bongok,gila',,dan seumpamanya keluar dari mulut yang tak berdosa..
sedih yang teramat..
apalagi yang mengungkapnya adalah orang-orang sekeliling kita je..
belajar agama,,tetapi tidak mempraktikkan apa yang diajar..
malunya pada orang tak de pengetahuan agama..
kita sendiri menunjukkan akhlak yang tak baik..
macam mana mereka nak ikut..
allah menyuruh melakukan yang makruf dan menolak yang mungkar..
perkara sekecil itu pun tak boleh nak elak..
malunya...
kadang-kadang terfikir jugak,,
apa kepuasan yang mereka dapat dengan pertuturan sebegitu..
sedangkan nak guna perkataan 'aku,engkau' pun tak sanggup..
rasa semacam je..inikan pula nak guna perkataan seumpama itu..T_T

SEMOGA MEREKA SEDAR DAN BERUSAHA MENJAGA AKHLAK MEREKA

ALLAH,ALLAH,ALLAH..

selamat hari ibu ummi


Bismillahirrohmanirrohim
~perindu syahid~
Abu Hurairah R.a berkata : seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya :" siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?" Baginda menjawab: " Ibu kamu.". Dia bertanya lagi: " kemudian siapa?" baginda menjawab: "Ibu kamu".Dia bertanya lagi: " kemudia siapa?" baginda menjawab :" Ibu kamu." Dia bertanya lagi: " kemudian siapa?" baginda menjawab: " ayah kamu."
Mulianya insan bernama IBU..
Seorang sahabat bernama Jahimah R.A datang menemui Rasulullah SAW meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.
Rasulullah bertanya:" Adakah kamu masih mempunyai ibu?" Jahimah menjawab: "Ya".Lalu Rasulullah bersabda :" Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya."
" jagalah ibu..
jagalah hatinya..
jangan sesekali hatinya kita sakiti..
cubalah bersabar dengannya..
kerana kesabarannya melebihi kesabaran kita..
INGATLAH..
kasih ibu membawa ke syurga..
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:" Dan kami wajiblan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkan dengan menanggung susah payah." (al-ahqaf 46:15)
Betapa sukarnya saat kita dilahirkan..hanya ibu yang mengetahui..ummi selalu bagitaw..:" rasa sakit sangat..separuh mati rasanya"..
tak dapat saya bayang macam mana rasanya..Ya Allah,,ampunilah dosa kedua ibubapaku..
sempena hari ibu,,saya nak ucapkan selamat hari ibu buat my beloved ummi..walaupun hari ibu adalah hari-hari..bukan hanya pada 13 mei je..:)

ALLAH,ALLAH,ALLAH..

SAYANG ABAH DAN UMMI..^^! 

# WO XIANG JIA REN #

5/12/2012

hari lahir abah

Bismillahirrohmanirrohim
~perindu syahid~

12 MEI 1958
Tarikh ini,,,
Hari ini,,,
genaplah umur abah 54 tahun..
umur yang telah menjangkau usia..
Selama usianya,,
tak pernah aku mendengar rungutan abah menjaga kami adik beradik..
tak pernah juga aku mendengar abah kata penat menjaga kami semua..
abah dan umi tak pernah marahkan kami..
apalagi memukul kami adik beradik..
abah tidak marahkan kami bukan beerti abah merelakan saja perbuatan kami..
dalam kelembutannya terselit ketegasan..
beginilah cara abah mentarbiah kami adik beradik..
Ya Allah,,
besarnya pengorbanan abah..
pengorbanan aku sebagai anaknya tak sebesar pengorbanan abah kepada kami semua..
Ya Allah,,
jagalah Abah dan Umiku ketika aku tak mampu menjaga mereka..
aku ingin berbakti kepada mereka..
panjangkanlah umur mereka,,
dan berkatilah hidup mereka Ya Allah..
hanya padaMu hamba memohon..
AKU SAYANG ABAH DAN UMI..
Ya Allah,,semoga resahku ini terubat..
ALLAH,ALLAH,ALLAH..