1/08/2012

peristiwa mi'raj


bismillahirrohmanirrohim
~perindu syahid~


1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya .


2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk . Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)


3. Wanita berkepala seperti babi , badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta .


4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri . Balasan wanita yang menggoda dan mengghairahkan lelaki .


5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka . Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai .


6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya . Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.


7. Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar . Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin .


8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya . Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat .

9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut . Balasan orang yang makan harta anak yatim .


10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya . Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia .

1/05/2012

Bismillahirrohmanirrohim..
~perindu syahid~

Alhamdulillah..dah lepas dua paper..aduhai,,yang dah lepas pun rasa dah jam otak ni..apatah lagi yang bakal tiba..saat ini la perlunya kekuatan dari orang-orang sekeliling untuk memberi semangat dan dorongan..
terkadang rasa tidak kuat dan hampir putus asa dengan keadaan ini..mujurlah teman-teman banyak bagi semangat..

INGAT

keikhlasan itu penting..jangan belajar hanya untuk exam..tapi kerana ILMU itu..ikhlaskan niat dalam menuntut ILMU nescaya pertolongan Allah bersamamu..Allah akan menolong hambanya..yang penting usaha..
Carilah ILMU sebanyak yang mungkin kerana dengan ILMU itulah kamu akan dihargai..:)
bismillahirrohmanirrohim
~perindu syahid~

Ramai orang sayangkan melayu..apabila ditindas, melayu dihina sibuk je kata..'tu maruah kita'..


Islam?? perkara yang berkaitan aurat,, pergaulan bebas,, macam2 lagi..bukan maruah ke?


Ramai orang pertikai isu-isu dunia..akhirat nanti sapa nak tanggung?? 
Melayu kebanggaan semua..jangan cepat melatah apabila ada isu-isu yang tidak sedap didengar sampai ke telinga kita..ingatlah orang berilmu tidak cepat melatah..berikan pandangan dengan ILMU bukan NAFSU.. :D


Tidak salah kita membanggakan melayu..tapi biar kena caranya..ada peraturannya..jangan melampaui..itu aja..

1/01/2012

Bismillahirrohmanirrohim
~perindu syahid~

Seorang yang mukallaf adalah orang dipertanggungjawabkan dengan kewajipan dan perintah untuk menjalankan hukum tuntutan agama Islam serta menjauhi larangan-Nya atas dasar orang tersebut sudah mencapai usia dewasa dan mempunyai akal ( akil baligh ) serta telah sampai seruan agama (Syariat Islam) kepadanya.

Orang yang tidak waras ataupun gila tidak tergolong dalam kumpulan orang mukallaf. Seorang kanak-kanak yang belum baligh juga bukan seorang mukallaf sehinggalah dia mencapai akil baligh. Seorang yang tinggal di suatu tempat yang tidak sampai syariat Islam juga tidak tergolong sebagai mukallaf walaupun ia yang sudah akil baligh.

Firman Allah dari Surah Israk ayat ke15 yang bermaksud “Barang siapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barang siapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul.)
Bismillahirrohmanirrohim
~perindu syahid~


Hebat akak2 dan abang2 semua..mabrouk 'alaikum..moga kuat yea akak2 dan abang2 semua..semoga kalian tabah dengan apa yang terjadi..sedih mendengar berita tentang kejadian yang berlaku kat UPSI malam tadi..kami sebagai mahasiswa ada hak kami..kami meminta/menuntut hak kami sendiri..kami digelar mahasiswa tak semestinya kami dikampus hanya untuk belajar semata-mata..kami ditempatkan disini bukan semata-mata hanya untuk mencari ilmu..ada yang cakap.." di universiti ni lah tempat untuk mencari segala2nya..hatta pensyarah2 sendiri pun cakap macam ni"..menimba ilmu of course la..cari pengalaman..kemahiran..boleh dikatakan semua la..

pangkat yang ada pada kita jangan kita gunakan sesuka hati..itu akan dipersoalkan nanti..seorang pemimpin misalnya,,Wajib keatasnya bertanggungjawab keatas rakyat2nya bukanlah menjatuhkan rakyatnya sendiri..Ibarat seorang ayah la..treat la anak tu baik2..anak kalau ditreat baik2 akan jadi anak yang baik..kalau treat dia dengan cara tak betul,,akan jadi lebih parah..tu sebabnya,,'ayah' tu sendiri kena jadi yang terbaik dulu.:D

seorang pemimpin bertanggungjawab atas apa yang ia pimpin..

Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.[Bukhari & Muslim] ..

sebagai pemimpin kita perlulah tunjuk sikap yang baik..walaupun kita membantah satu2 perkara..tapi janganlah tonjolkan sikap itu..:D jadilah pemimpin yang kami dambakan..