12/29/2011

Bila Study Week Bermula...

Bismillahirrohmanirrohim
~perindu syahid~

Study week macam hari cuti je la..baik ada kuliah dari minggu sunyi macam ni.minggu study week untuk pelajar balik kampung ke? sebab kebanyakan pelajar balik rumah time ni. mungkin belajar kat rumah lebih baik. ada juga nak melepaskan tension sebelum exam,, macam2 lagak boleh tengok..shopping?cinema?cafe?layan korea?hurm..

adat dah kot pelajar kita ni. pembaziran masa tu terlalu banyak..study last minute..tak sama dengan anak-anak cina..respect saya pada anak-anak cina. awal pagi, tengah malam..dengan buku je..lepas waktu maghrib tu dah ada yang bawak buku dah nak g baca kat lobi..sifat jeles ada dalam diri..tapi jap je la..:)

macam mana nak jadi macam mereka ye? kadang-kadang terdetik jugak kat hati.." mereka ni betul-betul cintakan ilmu ke just belajar untuk exam je".. -_-
masa manusia sama je..tk de yg lebih 25,26 jam sehari..diorang boleh lagi bersukan, volleyball sama-sama dengan anak melayu tiap-tiap petang..tapi satu perkara yang dapat dilihat pada minggu sunyi ni..diorang tak de dah lepak-lepak,berbual kosong dengan member-member..BAGUS..

:) pesanan untuk diri juga sahabat sahabiah semua,, jadilah macam anak cina..hargai ilmu dan yang penting jangan study last minute..!! ;)

12/28/2011

Gadis Itu...

~perindu syahid~


Gadis itu punya sifat malu pada asalnya..namun kerana keadaan persekitaran,, yang jauh dari pemerhatian keluarga telah mengubah dirinya menjadi seorang gadis liar..bergaul dengan kawan-kawan yang punya akhlak buruk membuatkan dirinya leka seketika dengan dunia ciptaannya..namun jauh dari sudut hati..dia ingin berubah dan ingin kembali kepada keadaan asalnya.. tetapi tiada orang yang sudi membantunya.. terkapai-kapai seorang diri di daerah asing itu..terlalu jauh dia hanyut..terasa asing dirinya dengan kehidupan sebelumnya.. dia tidak kuat lagi untuk menghadapi semua itu seorang diri..  Dia,, telah menjadi pengemis kepada dirinya sendiri yang dahagakan perubahan..gadis itu perlukan kekuatan dari orang lain sebagai pendorong untuk perubahannya..

Do'a Qunut

Bismillahirrohmanirrohim
~perindu syahid~



Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Ramai yang membaca Do'a ini dalam solat subuhnya..tetapi realitinya ramai yang tidak mengetahui maksud do'a qunut ini.setiap pagi kita memohon dari Allah swt..tp,,kita tidak tahu apa yang kita pohon dariNya..Sama-sama perbaiki diri dan saling nasihat menasihati kearah kebaikan..kerana saya juga sama macam sahabat semua..punya kelemahan..tetapi berusahalah untuk menjadi yang terbaik..walaupun sedikit perubahan itu percayalah kamu adalah yang terbaik dari mereka yang tidak ingin berubah dan kekal dengan sifat mereka..:)

Mudahnya Seorang Wanita Itu Masuk Ke Syurga

Dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

~perindu syahid~
artikel dipetik dari-islam itu indah-


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” 
Seroang wanita memang mudah masuk ke syurga berbanding lelaki. Ini kerana, jika seorang wanita itu betul-betul follow apa yang telah ditetapkan dalam agama islam. Syurga adalah tempatnya.
Berbanding dengan lelaki, banyak yang perlu ditanya sebelum masuk ke syurga, Allah akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat semasa hayatnya, jihadnya kemana dan semualah. Macam-macam lagi pertanyaan Allah..Tetapi, wanita juga yang paling ramai di dalam neraka kerana solat yang dilakukan oleh seorang wanita itu kadangkala tidak mencegah dirinya daripada perkara keji dan mungkar, wanita juga antara yang suka berpuasa, tetapi puasanya hanya dapat lapar dan dahaga sahaja, tapi masih melakukan dosa-dosa, samaada dosa kecil atau besar.
Wanita antara yang susah menjaga maruahnya, masih membuka aurat, walaupun bertudung, tetapi tidak sangat mengikut tuntutan syarak dan wanita juga juga sering gagal memberi ketaatan kepada suaminya.
Bagaimana dengan menjaga maruah dan taatkan suami? Dua perkara ini lebih ramai yang gagal. Maruah diri tidak dijaga sewaktu keluar kerja. Pakaian yang mendedahkan aurat boleh membawa banyak dosa lain selepasnya. Pergaulan bebas juga boleh membawa kepada dosa mulut, mata dan telinga.
Mengenai mentaati suami, realitinya isteri paling ramai gagal memberi ketaatan kepada suaminya. Perintah suami mudah disanggah isteri dan kehendaknya saja yang dipakai. Layakkah mereka itu masuk syurga dalam keadaan itu?
Insaflah wahai wanita yang bergelar isteri. Jangan jadikan diri anda sebagai orang yang pertama masuk ke dalam neraka.
Semoga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah.

12/21/2011

bismillahirrohmanirrohim
~perindu syahid~


Segala puji aku panjatkan padaMu Ya Allah kerana masih lagi diberi peluang pada diriku untuk menghirup udaraMu serta dapat lagi aku nukilkan coertan-coretanku disini,,
Lama sudah blog ini 'sunyi' tanpa coretan-coretan yang lahir dari hati..
Alhamdulillah malam ini berkesempatan bagi jari ini bekerja walaupun tidak selalu dapat melakukan pekerjaan ini..
Blog ini bukan 'sunyi' dibiarkan terbengkalai..tetapi masa tidak mengizinkan tuannya untuk meneruskan penulisan disini,
Walaupun masa setiap orang sama,,24jam,,tapi diakui diri ini masih lagi lemah dalam menyusun pembahagian masa..
In sha Allah akan dibaiki sedikit demi sedikit..

12/09/2011

Masih Berkesempatan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
~perindu syahid~
Alhamdulillah..hari ini blog dah bleh bkak..
apa masalah sebelum ni masih lagi tak dapat diketahui..
setelah beberapa minggu tak dapat bukak..=)
Bersyukup pdNya kerana masih lagi dberi peluang pd jari2 utk menaip kat keyboard ni..hehe..
Alhamdulillah..akan dimanfaatkan sebaik yang mungkin..In sha Allah..

12/07/2011

Entah Mengapa

Bismillahirrohmanirrohim...
~perindu syahid~

em,,perlu 'stop' seketika dari ber'blog'..
entah mengapa..
apakah masalah yg terjadi sebenarnya..
masih lagi tak dapat dijejaki,,
mungkin keadaan kat sini yg tak mengizinkan ataupun 'blog' memang disekat buat seketika..
terpaksa menerima walau hati tak dapat menerima realiti ini.. ;)
kerja manusia..biasa la..^_^..