3/08/2013

assalamualaikum...
bismillahirrohmanirrohim
~perindu syahid~

ramai orang pandang remeh hal ni..:)

pakai tudung,,baju lengan pendek.. pakai tudung,,baju ketat.. akak2,,abg2..masyarakat kita ni..sedar kah kita.. takkan nak biarkan mcm tu je.. " ok..asal pakai tudung..ok pe..". abg2,,akak2..suka ke kita kongsi dgn orang lain perhiasan yg kita sayang..? ^_^
meh perhati sama2.. :)
(1) sabda Rasulullah : "Wahai Asma', sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya" (Hadis riwayat Abu Dawud). (2) firman allah yg bermaksud :" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." ( an-nur 31 ) (3) Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Apabila seorang wanita itu menjaga maruahnya, menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, dan mentaati suami, maka, Allah permudahkan jalannya untuk memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang diinginkannya." - Riwayat Ahmad..

2/19/2013

bismillahirrohmanirrohim
~perindu syahid~

Ayuh Muhasabah!!

hidup merupakan suatu perjalanan yang panjang..kita sering diuji dengan pelbagai keadaan dan cara.ujian pahit,manis merupakan ranjau buat seorang hamba. setiap dari kita akan diuji..

ujian yang datang dari Allah itu akan hadir dalam pelbagai bentuk. ujian itu sebenarnya terlalu indah..apabila Allah menimpakan suatu ujian buat hambaNya Allah juga sediakan 1001 penyelesaian..

Ujian bukanlah untuk diratapi..bukan hanya dalam bentuk kesusahan..malah rupa paras yang cantik,kacak..harta,pangkat juga merupakan salah satu ujian dari Allah. Allah ingin menguji hambaNya melalui rasa syukur yang dilahirkan oleh seorang hamba kepada sang pencipta..

sangat beruntung manusia itu apabila diuji oleh Allah kerana dirinya sudah mendapat perhatian di pandangan Allah dan kerana Allah juga telah memilihnya untuk diuji..Allah tidak akan berikan suatu ujian melainkan dengan kemampuan hambaNYa..Allah tidak pernah menzalimi hambaNya..Ujian yang Allah berikan tidak akan sama dengan insan lain. kita sentiasa merasakan ujian yang diberikan terlalu berat sebenarnya masih ramai diluar sana insan yang ditimpakan ujian yang maha berat..namun,,rasa syukur masih juga tidak dapat kita lahirkan..Allah timpakan ujian kerana Allah sangat sayang pada hambaNya..Allah tidak ingin kita terlalu lalai dengan apa yang kita ada..

ingatlah,,!! kamu terlalu beruntung kerana dengan ujian itulah dirimu mendapat perhatian dari Allah..
Allahu Rabbi..
Aku ingin DICINTAI..

1/01/2013

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
~perindu syahid~

01/01/2012
kullu 'am Wa Antum Bikhoir
selamanya diri ini milik Allah swt..
ENGKAU CINTAKU..
Allahu rabbi..allah kekuatanku..hanya allah mengerti hidupku..
hanya allah memahami diri..
ya Allah,,
segala puji untukMu,,masih lagi diri ini bernafas..masih lagi nyawa ini Engkau izinkan menghirup udaraMu..

sudah agak lama ruang ini dibiarkan sepi tanpa titipan..kosong tanpa sebarang pengisian..bukan tiada keinginan untuk mengisi ruang ini akan tetapi  bicara yang ingin disampaikan tidak kesampaian..
Rabbi Yassir..

Ya Allah,,
Engkau yang memberi cinta..
Engkau yang menganugerahkan diri ini rasa rindu..
Semua rasa ini milikMu..
Engkau berhak mengambil kembali..
kerana rasa itu,,
MILIKMU..
Engkau Pemilik Cintaku ya allah..

ingin ku petik kata seorang sahabat..
" tulislah perancanganmu dengan pensel,,
kemudian serahkan pemadamNya kepada Allah..
izinkanlah Allah memadam bahagian yang bukan ditakdirkan untukmu
dan menggantikan dengan rancangan yang lebih baik..
kerana Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..
mungkin bukan yang seperti manusia sangka.."

# andai kecewa manusia yang engkau dapat..ketahuilah allah sentiasa ada untukmu..
# cinta allah tidak pernah berpaling dari kita..

Allahu,Allahu,Allahu..

6/21/2012


bismillahirrohmanirrohim


Dalam Lrt petang tadi,,ada sorang laki berbual dengan kawan dia..
katanya:" aku dah hilang respect kat perempuan tu..dia ajak aku keluar..
sekarang ni dalam 50% je aku respect..

ya allah..malu rasanya..
katanya lagi:" aku takut jadi fitnah nanti"..

jauhkan kami dari fitnah sebegitu ya allah..
" akh,,tetapkan pendirian..insyaallah..oneday,,u'll find a girl who can make ur life better..so,,dun worry.."

alhamdulillah..dia dalam keadaan sedar..:)
insyaallah..jiwanya suci..
dirinya tak tergoda dengan ajakan wanita..

7 golongan yang akan mendapat naungan Allah nanti..
antaranya termasuklah seorang lelaki apabila diajak ke arah perzinaan dia akan menolak..kerana takutkan allah..

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:" tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu : Imam(pemimpin) yang adil,pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentisa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah dimana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab," Aku takut kepada Allah", seseorang yang bersedakah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."
(riwayat abu daud,tirmidzi dan ibnu majah)


Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/07/7-golongan-yang-mendapat-naungan-allah.html#ixzz1yMA7lTkx

6/09/2012

Jangan Tawan Hatinya

Bismillahirrohmanirrohim

~perindu syahid~

jika belum bersedia untuk menjadikan seseorang sebagai pasangan hidup,,
janganlah ditawan hatinya..
janganlah dimain perasaannya..
kerana sedikit kamu mainkan perasaannya..
banyak yang akan berubah dalam hidupnya..
kamu akan memberi dia suatu harapan yang besar..
kemungkinan kamu tidak sedar..
apa yang kamu lakukan itu salah..
kerana bagi kamu hanya mainan semata-mata..
sedangkan tidak baginya..
jangan tinggalkan mimpi ngeri dalam hidupnya..
sehingga dia merasa 'down' dengan dirinya sendiri..
selamilah hatinya..
tanpa membuat dia menaruh harapan yang tinggi kepada kamu..
tidak mengapa jika dia membenci kamu andai kamu menolak cintanya..
tapi,,
jangan sesekali mainkan perasaannya..
kadang-kadang kebaikan yang kita tonjolkan disalah erti oleh orang lain..
fikirlah perasaan orang lain sebelum bertindak dan bersifat kebudak-budakan..

ALLAH ALLAH ALLAH..

Ya Allah..jauhkanlah kami dari cinta nafsu..
cinta nafsu tidak akan membahagiakan kami melainkan derita yang tidak tertanggung..





6/07/2012

sahabat

bismillahirrohmanirrohim
~perindu syahid~

sahabat..
aku sayang kamu..
banyak pengalaman pahit manis kita bersama..
tidak lama lagi kita akan berpisah..
aku terlalu banyak menyakiti hati kamu..
bukan aku sengaja begitu..
terkadang emosi mengawal diri,,
membuatkan aku tidak sedar apa yang aku ungkapkan..
rasanya terlalu kerdil,,
untuk mengungkapkan kata maaf,,
terlalu berat mulut ini untuk melahirkan kata itu..
tetapi..
ketahuilah..
aku amat menyayangi kamu semua..
maafkan segala salah silap..seandainya aku melukai hati kamu..

ALLAH,ALLAH,ALLAH..

# selamat menghadapi peperiksaan akhir wat sahabat2 UM..
# to my rumet,,W.AFLAHA ADILIN,,NIK HAFIZAH N NURAISYAH..selamat berjaya!!
# sayang kamu semua..:)
# wish u all luck!!



BY:




6/02/2012

15 mei 1948

Bismillahirrohmanirrohim
~perindu syahid~

sahabat-sahabat seperjuangan tahu tak apa peristiwa pada tarikh ini..
15 mei 1948..??
sahabat-sahabat semestinya arif tentang hari ibu,hari jururawat n hari guru..
tapi pada 15 mei sahabat2 tahu tak??
saya sendiri baru mengetahui tentang peristiwa ini..
betapa saya tidak cakna dengan apa yang berlaku pada saudara2 kita disana..
selepas diberitahu oleh seorang akh baru saya sedar masih banyak yang perlu saya kaji..

Allahu rabbi..
peristiwa Nakbah...15 mei 1948..
( hari nakbah Palestin )
nakbah : suatu bencana, malapetaka atau musibah yang besar bagi rakyat Palestin sehingga mereka lari meninggalkan rumah dan kampung halaman mereka sendiri..

disini saya takkan bercerita panjang mengenai nakbah,,sahabat2 sendiri search google..
banyak yang boleh sahabat2 baca,,:)
SEKIAN..

moga bermanfaat!!
ALLAH,ALLAH,ALLAH