2/19/2013

bismillahirrohmanirrohim
~perindu syahid~

Ayuh Muhasabah!!

hidup merupakan suatu perjalanan yang panjang..kita sering diuji dengan pelbagai keadaan dan cara.ujian pahit,manis merupakan ranjau buat seorang hamba. setiap dari kita akan diuji..

ujian yang datang dari Allah itu akan hadir dalam pelbagai bentuk. ujian itu sebenarnya terlalu indah..apabila Allah menimpakan suatu ujian buat hambaNya Allah juga sediakan 1001 penyelesaian..

Ujian bukanlah untuk diratapi..bukan hanya dalam bentuk kesusahan..malah rupa paras yang cantik,kacak..harta,pangkat juga merupakan salah satu ujian dari Allah. Allah ingin menguji hambaNya melalui rasa syukur yang dilahirkan oleh seorang hamba kepada sang pencipta..

sangat beruntung manusia itu apabila diuji oleh Allah kerana dirinya sudah mendapat perhatian di pandangan Allah dan kerana Allah juga telah memilihnya untuk diuji..Allah tidak akan berikan suatu ujian melainkan dengan kemampuan hambaNYa..Allah tidak pernah menzalimi hambaNya..Ujian yang Allah berikan tidak akan sama dengan insan lain. kita sentiasa merasakan ujian yang diberikan terlalu berat sebenarnya masih ramai diluar sana insan yang ditimpakan ujian yang maha berat..namun,,rasa syukur masih juga tidak dapat kita lahirkan..Allah timpakan ujian kerana Allah sangat sayang pada hambaNya..Allah tidak ingin kita terlalu lalai dengan apa yang kita ada..

ingatlah,,!! kamu terlalu beruntung kerana dengan ujian itulah dirimu mendapat perhatian dari Allah..
Allahu Rabbi..
Aku ingin DICINTAI..