3/08/2013

assalamualaikum...
bismillahirrohmanirrohim
~perindu syahid~

ramai orang pandang remeh hal ni..:)

pakai tudung,,baju lengan pendek.. pakai tudung,,baju ketat.. akak2,,abg2..masyarakat kita ni..sedar kah kita.. takkan nak biarkan mcm tu je.. " ok..asal pakai tudung..ok pe..". abg2,,akak2..suka ke kita kongsi dgn orang lain perhiasan yg kita sayang..? ^_^
meh perhati sama2.. :)
(1) sabda Rasulullah : "Wahai Asma', sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya" (Hadis riwayat Abu Dawud). (2) firman allah yg bermaksud :" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." ( an-nur 31 ) (3) Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Apabila seorang wanita itu menjaga maruahnya, menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, dan mentaati suami, maka, Allah permudahkan jalannya untuk memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang diinginkannya." - Riwayat Ahmad..

2/19/2013

bismillahirrohmanirrohim
~perindu syahid~

Ayuh Muhasabah!!

hidup merupakan suatu perjalanan yang panjang..kita sering diuji dengan pelbagai keadaan dan cara.ujian pahit,manis merupakan ranjau buat seorang hamba. setiap dari kita akan diuji..

ujian yang datang dari Allah itu akan hadir dalam pelbagai bentuk. ujian itu sebenarnya terlalu indah..apabila Allah menimpakan suatu ujian buat hambaNya Allah juga sediakan 1001 penyelesaian..

Ujian bukanlah untuk diratapi..bukan hanya dalam bentuk kesusahan..malah rupa paras yang cantik,kacak..harta,pangkat juga merupakan salah satu ujian dari Allah. Allah ingin menguji hambaNya melalui rasa syukur yang dilahirkan oleh seorang hamba kepada sang pencipta..

sangat beruntung manusia itu apabila diuji oleh Allah kerana dirinya sudah mendapat perhatian di pandangan Allah dan kerana Allah juga telah memilihnya untuk diuji..Allah tidak akan berikan suatu ujian melainkan dengan kemampuan hambaNYa..Allah tidak pernah menzalimi hambaNya..Ujian yang Allah berikan tidak akan sama dengan insan lain. kita sentiasa merasakan ujian yang diberikan terlalu berat sebenarnya masih ramai diluar sana insan yang ditimpakan ujian yang maha berat..namun,,rasa syukur masih juga tidak dapat kita lahirkan..Allah timpakan ujian kerana Allah sangat sayang pada hambaNya..Allah tidak ingin kita terlalu lalai dengan apa yang kita ada..

ingatlah,,!! kamu terlalu beruntung kerana dengan ujian itulah dirimu mendapat perhatian dari Allah..
Allahu Rabbi..
Aku ingin DICINTAI..

1/01/2013

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
~perindu syahid~

01/01/2012
kullu 'am Wa Antum Bikhoir
selamanya diri ini milik Allah swt..
ENGKAU CINTAKU..
Allahu rabbi..allah kekuatanku..hanya allah mengerti hidupku..
hanya allah memahami diri..
ya Allah,,
segala puji untukMu,,masih lagi diri ini bernafas..masih lagi nyawa ini Engkau izinkan menghirup udaraMu..

sudah agak lama ruang ini dibiarkan sepi tanpa titipan..kosong tanpa sebarang pengisian..bukan tiada keinginan untuk mengisi ruang ini akan tetapi  bicara yang ingin disampaikan tidak kesampaian..
Rabbi Yassir..

Ya Allah,,
Engkau yang memberi cinta..
Engkau yang menganugerahkan diri ini rasa rindu..
Semua rasa ini milikMu..
Engkau berhak mengambil kembali..
kerana rasa itu,,
MILIKMU..
Engkau Pemilik Cintaku ya allah..

ingin ku petik kata seorang sahabat..
" tulislah perancanganmu dengan pensel,,
kemudian serahkan pemadamNya kepada Allah..
izinkanlah Allah memadam bahagian yang bukan ditakdirkan untukmu
dan menggantikan dengan rancangan yang lebih baik..
kerana Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..
mungkin bukan yang seperti manusia sangka.."

# andai kecewa manusia yang engkau dapat..ketahuilah allah sentiasa ada untukmu..
# cinta allah tidak pernah berpaling dari kita..

Allahu,Allahu,Allahu..