3/30/2012

Kelemahan manusia

Bismillahirrohmanirrohim
~perindu syahid~

Manusia itu selalu tunduk kepada hawa nafsunya..
Apabila akal tidak digunakan sebaiknya..
Manusia itu selalu merasakan diri lebih dari orang lain..
Apabila kebanggaan beraja dijiwa..
Manusia itu selalu merasakan diri sempurna..
Apabila melihat kecacatan orang lain tanpa melihat dirinya..
Manusia itu kaya dengan harta benda..
Sedangkan harta itu Allah yang punya..
Manusia itu tidak mensyukuri nikmat yang dikurniakan..
Sehinggakan apabila ditarik nikmat itu barulah mereka meminta..


BEGINILAH MANUSIA,,SEMUANYA NAK PERFECT..sedangkan tiada satu pun yang PERFECT padanya..

3/28/2012


Bismillahirrohmanirrohim
-Perindu Syahid-

Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri.
Dia yang mencorakkan kehidupannya sebagaimana yang ia mahu.
Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya

Namun,

Selepas dia membina apa yang dikehendakinya,

Kadangkala,

Dia mendapati dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya

Dan..

Mulalah ia mencari seseorang untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.

Sifat salah menyalahi menjadi trend kehidupan manusia daripada saling maaf memaafi..
Sedangkan kemaafan merupakan kemuncak kebahagiaan

Renungi mutiara kata ini,,
“ Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan itu adalah mulia dan terpuji.”

3/24/2012

Hati Terluka

Bismillahirrohmanirrohim
~perindu syahid~

Hati terluka tak de sape yang taw kan?
kita yang terluka..kita juga yang mengubat..
orang sekeliling tak dapat membantu pun untuk meredakan hati yang luka tu..
Kita sendiri yang boleh mengubat hati kita,,
tak kira apa jua caranya,,hanya kita yang taw..
kerana kita mengenali diri kita sendiri..:)
oleh kerana hati itu hati kita..
jagalah ia agar tak makan hati sangat,,hee

3/23/2012

Hargai Nikmat yang diberi

Bismillahirrohmanirrohim
~perindu syahid~

Agak lama tak update Blog ni..
Mungkin kerana kesihatan yang tak berapa sihat sekarang ni..
nak kata faktor umur belum sampai masanya,,,:)
sibuk pn ye..sampai tak sempat nk jenguk2 kat blog..
Tapi Allah yang merancang segalanya..
kita tak taw apa yang dah ditentukan buat kita..
apa yang nak dikongsi kat sini,,
selepas sakit asyik menyerang..
walaupun tak kuat,,
tapi bila namanya sakit tak kira kuat atau tak,,hanya orang yang merasai tu akan rasa deritanya..
JADI..
saya nak pesan,,
Hargai diri bila sihat kerana bila kita sakit kita akan mengeluh. 
Bila nikmat sihat ditarik kita akan jadi salah seorang dari orang-orang yang rugi..
kesihatan amat penting..
hargailah nikmat ini..
KESIHTAN MERUPAKAN NIKMAT ALLAH YANG AMAT BERNILAI YANG TIADA BANDINGANNYA HATTA DENGAN KEKAYAAN SEKALIPUN..
kaya dengan harta jikalau sakit harta tidak ada ertinya..
ketahuilah kesihatan jauh lebih bermakna dari kekayaan..
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :" Tidak mengapa seseorang itu kaya asalkan bertaqwa.Sihat bagi orang yang bertaqwa itu lebih baik dari kaya. Dan hati yang bahagia itu adalah nikmat ". ( Riwayat Ibnu Majah dan Imam Ahmad)