2/20/2012

Ramai Kawan,Ramai Sahabat

Bismillahirrohmanirrohim
~perindu syahid~

Pabila punya ramai kawan, kadang-kadang terasa diri tidak adil melayan mereka. untuk memuaskan hati sendiri kita tidak mampu..inikan pula ingin memuaskan hati orang lain. bukan tidak ingin punya ramai kawan tetapi takut ada yang terasa dengan layanan yang tak seberapa dari diri ini yang serba kekurangan.
TEMAN,,
Maafkan aku atas segala kesilapan yang pernah aku lakukan..tak pernah terlintas untuk menyakiti hatimu..

2/17/2012

Bismillahirrohmanirrohim
~perindu syahid~

Ramai yang mengetahui pengertian ikhlas bukan? secara teorinya ramai yang mengetahui apakah makna ikhlas..tapi ramai yang tidak mengetahui apakah ikhlas itu sebenarnya. seringkali kita mendengar orang menyebut tentang keikhlasan tetapi ramai yang mengetahui keikhlasan itu hanya berdasarkan perkataan semata-mata. hatta saya sendiri masih mencari-cari..ikhlas tidak perlu dinyatakan melalui lisan,,kerana ikhlas itu tidak dapat dilihat oleh manusia..tidak dinafikan sukar untuk mengetahui sebetulnya maksud ikhlas ini..dan sukar juga untuk mempraktikkan sifat ini dalam diri..tetapi yang terbaiknya kita cubalah terapkan dalam diri masing-masing..perubahan yang positif tidak merugikan diri sebaliknya ia memberi  kesan yang baik untuk diri sendiri..didiklah diri menjadi orang yang ikhlas dalam mana-mana keadaan..


p/s :satu pertolongan walaupun sedikit lebih baik daripada tidak menolong apa-apa..dan jangan ungkit sesudah kita lakukan sesuatu pekerjaan atau pertolongan..


peringatan untuk diri sendiri juga kepada sahabat-sahabat semua..:)
Allah swt telah berfirman : "wazakkir fainnazzikro tanfa'ul mukminin"(surah az-zaariyat ayat 55)..

2/13/2012

ujian itu satu fitrah

Bismillahirrohmanirrohim..
~perindu syahid~


SAHABAT SAHABIAH SEMUA...


Hidup kita tak lepas dari ujian Allah..Jangan cepat putus asa andai ditimpa musibah..itu cuma ujian untuk kita yang bergelar manusia..Allah tidak akan menimpakan ujian keatas seorang hamba itu melebihi kemampuannya..dan ingatlah,,Allah menimpakan ujian keatas seorang hamba,,walau beratnya ujian itu,,Allah juga sudah menyediakan beribu-ribu penyelesaiaan..sebagai hamba yang dikurniakan akal gunalah dengan sebaik-baiknya..kerana Allah dah bagi kemampuan akal itu untuk berfikir..insyaallah..akan dapat jalan penyelesaian yang terbaik..:D Jazakallahu khoiran kathira..